Cara aktifkan kad ATM Maybank untuk kegunaan luar negara - Nothing to Somethings

Cara aktifkan kad ATM Maybank untuk kegunaan luar negara


Boleh ke gunakan kad ATM tempatan di luar negara?
Perlu ke bawa kad ATM ke luar negara?


Itu mungkin soalan pertama yang biasa di dengar apabila ditanya tentang penggunaan kad ATM di luar negara. Untuk makluman korang, 'YA' kad ATM Malaysia boleh digunakan di luar negara selepas korang mengaktifkan penggunaannya. Untuk mengaktif kad bagi tujuan penggunaan luar negara, caranya cukup mudah. Korang boleh lakukannya dalam talian (online) sahaja. 

Dari segi kepentingan membawanya, ia terpulang kepada korang. Namun, bagi saya, saya selalu membawanya bagi tujuan kecemasan memandangkan saya tidak mempunyai kad kredit. Tujuan kecemasan termasuklah tertinggal kapal terbang, beg terlebih berat dan sebagainya. Ini kerana, dengan adanya kad ATM yang telah di aktifkan penggunaan, korang boleh mengeluarkan duit dimana-mana sahaja apabila memerlukan.

Jadi untuk memudahkan korang mengaktifkan kad ATM Maybank untuk penggunaan luar negara, berikut saya kongsikan caranya. 

Cara aktifkan kad ATM Maybank untuk kegunaan luar negara

1- Log in 

Langkah pertama korang perlu login ke akaun Maybank2u. Masukkan makumat seperti yang biasa korang lakukan. 

2- Klik Home 

 Langkah kedua, pada bahagian menu Home korang klik 'Card Management'

3- Klik 'Overseas ATM facility'

Langkah seterusnya, korang klik 'overseas ATM facility' > pilih 'activation' pada ruang 'please select' >  klik continue > masukkan tempoh yang korang ingin kad korang aktif di luar negara  > continue > request TAC dan masukkan TAC > klik confirm. 

4- Selesai


Note:
Pada bahagain tempoh pengaktifan, disarankan 'end date' yang dipilih adalah beberapa hari selepas korang pulang ke Malaysia. Contoh 2 atau 3 hari selepas pulang ke Malaysia.

Baca juga:

Cara aktifkan kad ATM Maybank untuk kegunaan luar negara Cara aktifkan kad ATM Maybank untuk kegunaan luar negara Reviewed by Lah Mohd on 15:34:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.