Cara guna penerbangan 'layover' - Nothing to Somethings

Cara guna penerbangan 'layover'

Penerbangan 'layover'?

Apa beza penerbangan 'layover' dan fly-thru/ connection flight?

Untuk makluman, penerbangan 'layover' adalah hampir sama dengan penerbangan 'fly-thru/ connection flight'. Yang membezakannya adalah masa untuk transit, kerusi dan pesawat yang digunakan sahaja. Untuk menjelaskan cara menggunakan penerbangan 'layover', saya akan kongsikan pengalaman semasa menggunakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Auckland melalui Gold Coast. 

KLIA2
Dalam hal ini, semasa transit di airport persinggahan, anda perlu turun dari pesawat dan membawa semua barangan peribadi dan hand luggage yang dibawa ke dalam kabin dan terus ke ruangan pemeriksaan. Bagi barangan yang di check-in ke perut pesawat, anda tidak perlu risau kerana barangan ini akan terus dibawa/ di daftar masuk ke destinasi akhir tanpa anda perlu berbuat apa-apa. 

Semasa pemeriksaan keselamatan, anda (warganegara Malaysia) tidak perlu mengisi apa-apa borang dan tidak perlu kemukakan visa. Anda hanya perlu turun dan melalui pemeriksaan keselamatan dan terus ke pintu berlepas. 

Dalam hal ini, anda akan menaiki pesawat yang sama dan duduk di kerusi yang sama. Yang membezakannya hanyalah anda akan dilayan oleh pramugara/pramugari dan juruterbang yang baru. Untuk makluman, anda hanya akan diberikan satu boarding pass sahaja semasa daftar masuk di KLIA2 dan akan digunakan sepanjang perjalanan ke Auckland. 

Baca juga:

Cara guna penerbangan 'layover' Cara guna penerbangan 'layover' Reviewed by Lah Mohd on 17:54:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.