Cara Mohon dan renew passport Malaysia - Nothing to Somethings

Cara Mohon dan renew passport Malaysia

Passport???



Umum mengetahui, passport merupakan dokumen perjalanan antarabangsa yang sah digunakan di semua negara kecuali Israel. Passport Malaysia boleh dipohon di semua Pejabat Imigresen Malaysia dan di Pejabat Perwakilan Malaysia luar negara (Kedutaan Malaysia di luar negara). Sebagai rujukan, disini saya kongsikan cara mohon dan renew passport Malaysia.


Cara Mohon Passport Malaysia

1- Dapatkan nombor giliran (disarankan untuk datang awal bagi mengelakkan kehabisan nombor)
2- Isikan maklumat diri dalam borang yang diberi (nama, alamat, no. tel, berat, tinggi, dll)
3- Tunggu nombor dipanggil
4- Selesaikan urusan dokumentasi maklumat di kaunter (gambar tidak perlu dibawa)
5- Tunggu  nama/nombor dipanggil untuk membuat bayaran
6- Tunggu nama/nombor dipanggil untuk membuat tuntutan passport. 


Cara Renew Passport Malaysia

1- Dapatkan nombor giliran (note: Pastikan korang bawa bersama passport lama)
2- Tunggu nombor dipanggil
3- Selesaikan urusan dokumentasi maklumat di kaunter (gambar tidak perlu dibawa)
4- Tunggu  nama/nombor dipanggil untuk membuat bayaran
5- Tunggu nama/nombor dipanggil untuk membuat tuntutan passport.


Note:
1- Tuntutan passport biasanya boleh dibuat dalam masa sejam selepas bayaran di buat.
2- Maklumat berkait bayaran, syarat permohonan, renew passport disebabkan kehilangan/kerosakkan dan lain-lain,  rujuk website Jabatan Imigresen Malaysia

Cara Mohon dan renew passport Malaysia Cara Mohon dan renew passport Malaysia Reviewed by Lah Mohd on 23:52:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.