Cara beli tiket bas secara online guna website TBS (Terminal Bersepadu Selatan) - Nothing to Somethings

Cara beli tiket bas secara online guna website TBS (Terminal Bersepadu Selatan)


Sesuai dengan kemajuan teknologi, untuk membeli tiket bas korang tidak lagi perlu beratur panjang selain dapat jimatkan masa. Ini kerana, semuanya boleh dibeli dalam masa beberapa minit sahaja dengan menggunakan handphone atau komputer sahaja. 

Sebagai panduan, disini saya kongsikan cara membeli tiket bas secara online menggunakan website TBS. 




Cara beli tiket bas secara Online di website Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

1- Daftar pengguna

Daftar pengguna hanya perlu dilakukan oleh mereka yang pertama kali ingin membeli tiket sahaja. Untuk daftar caranya cukup mudah. Dalam hal ini korang boleh rujuk kepada manual yang disediakan. Antara perkara yang perlu korang lakukan untuk daftar pengguna ialah:
i- Klik 'TBS ticketing purchase HERE'. (Rujuk gambar di atas)
ii-  Klik Sign-up
iii- Isikan maklumat berkait
iv- Klik Sign-up/register
v- Selesai


2- Beli tiket

i- Login
Untuk Login, masukkan ID yang telah didaftarkan semasa proses pendaftaran.

ii- Isikan maklumat perjalanan
Antara maklumat yang perlu di isi adalah seperti tarikh, destinasi perjalanan dan jumlah penumpang. Selesai isi maklumak perjalanan, klik search. 

iii- Pilih bas
Memandangkan setiap bas mempunyai laluan perjalanan yang berbeza, adalah wajib untuk korang memilih bas yang tepat. Selepas korang berpuas hati dengan laluan perjalanan dan jenis bas, klik 'select'.

iv- Pilih kerusi
Bergantung kepada citarasa, korang boleh pilih sama ada untuk duduk di kerusi single, double, atas mahupun bawah bergantung kepada kekosongan. Selepas selesai memilih kerusi, klik 'proceed to payment'.

v- Bayaran
Untuk membuat bayaran, beberapa maklumat diperlukan seperti nama, nombor I/C, nombor telefon dan jenis transaksi. Ikuti beberapa langkah mudah sehingga korang berjaya membuat belian  tiket.

vi- Tuntut tiket
Untuk membuat tuntutan tiket, korang perlu tujukkan nombor tempahan tiket sebagai bukti. Tuntutan boleh dibuat di kaunter khas di TBS (kaunter pas masuk bas). Dalam hal ini, pastikan korang membuat tuntutan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum masa berlepas/ menaiki bas. 

Selesai...

Cara beli tiket bas secara online guna website TBS (Terminal Bersepadu Selatan) Cara beli tiket bas secara online guna website TBS (Terminal Bersepadu Selatan) Reviewed by Lah Mohd on 13:34:00 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.